Wednesday 23 November 2016

Kekasihku Gadis Sarawak

 
Prolog

Keriuhan manusia yang lalu lalang di ruang legar Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sedikitpun tidak mengganggu tumpuannya. Matanya melekat pada seraut wajah milik seorang gadis yang sedang menarik sebuah beg beroda yang agak besar saiznya. Bagai ada magnet, hatinya ditarik-tarik untuk memerhatikan gadis tersebut. Lembut raut wajahnya, redup matanya dan rambut lembut lurus melepasi bahu amat menarik perhatiannya. Dia tersentak bila Joseph menepuk bahunya, lantas berpaling. Joseph tersengih. Sekilas, dia menoleh semula ke arah tadi, namun kelibat gadis itu tidak kelihatan lagi.  
 
Kisah tragis cinta berbeza bangsa dan darjat yang penuh suka dan duka.
Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah miliki novel ini haha....

Friday 21 October 2016

Peguam vs Penulis

Hoho...
          Penulis seorang ni memang super superb! Tak perlu nak diperkenalkan lagi... semua orang tahu. Karyanya semua best seller. Meletop-letop a.k.a terlaris dan terhangat di pasaran. Setiap buah tangannya pasti kebaboom, meruntun jiwa. Betul-betul touching!!!
 

Siti Rosmizah Binti Semail anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkerjaya sebagai seorang peguam mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2008 menerusi novel sulungnya Andai Itu Takdirnya, terbitan Buku Prima. Sentuhan pertama beliau ini telah mendapat sambutan yang begitu hebat sekali dan sekaligus menobatkan dirinya sebagai pemenang Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009, kategori Fiksyen Bahasa Melayu. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang kepujian di UITM.

Novelis Dr. Emy Roberto

         Nah ini dia... seorang novelis baru [tak juga baru, dah ada tiga buah novel] yang admin minat. Minat hasil karyanya tau, [jangan pulak salah sangka yee....hehe]. Admin bangga sangat, dalam banyak-banyak penulis, Dr. Emy ni antara anak jati Sarawak yang berjaya masuk ke dunia penulisan mainstream.
          Dalam sibuk-sibuk dengan tugasan sebagai doctor [berkelulusan luar negara, lagilah admin tumpang bangga], sempat pulak menulis a.k.a menghasilkan novel baru. Memang superb!!! Dalam diam, admin sematkan semangat & kejayaannya menjadi inspirasi & idola [walaupun usianya jauh lebih mudah dari admin hihi...]
          Bagi yang belum membaca karya Dr. Emy Roberto ni, cuba-cubalah yeee... Mana tau, cuba sekali nak selalu haha...



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=119334531859158&set=a.119334435192501.1073741834.100013478351552&type=3&theater

Monday 10 October 2016

Saat Terindah

Oho....
Ini adalah antara momen terindah dalam kembara hidup admin. Terbitnya karya sulung ini bagaikan mimpi yang menjadi realiti. Terima kasih tak terhingga kepada bos BMS iaitu Mr. Johnny Chuat kerana mempercayai karya admin ini.
Semoga karya ini menjadi titik tolak untuk lahirnya karya-karya terbaru. Amen...